Assalamualaikum...hai semua..ermm hari ni nak bercerita tentang novel yang baru saja habis di baca oleh sy..biasalakan sy ni kaki novel erkk sesuai dengan nama penerbitan novel ini heheheh... tajuk novel kali ini ialah AD + IZ, oleh EURY ATHENA terbitan Kaki NOvel
sy sertakan sekali sinopsis novel ini :
Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ...
KALAU NAK TAHU APA YANG TERJADI BACALAH NOVEL NI..
sy suka novel ni..garapannya tidak meleret2..simple, paling penting tak banyak sangat konflik..novel kalau terlalu banyak konflik tension jgk bila membacanya...sama macam drama kalau banyak konflik kita jadi bosan..tu pendapat sy la..korang maybe tak sama macam yang sy suka...cita rasa masing2 berbeza, tak gitu...
ermm sy sertakan juga petikan2 yang sy suka dalam novel ni...jom kita tgk..,
- "Aril, mencintai tu bermaksud kau terima pasangan kau seadanya. Dan dia terima kau seadanya. Dia tak perlu berubah demi kau, dan kau tak perlu berubah demi dia." m/s 186
- "cinta itu cuma sekadar cinta. Tanpa mengira status, kekayaan atau lain-lain. ...when we got love, its mean we got everthing. Without love, everthing mean nothing at all...." m/s :314
- " Siapa sangka, cinta itu amat indah dan mengasyikkan. Rasa cinta yang mekar di dalam hati indahnya ibarat bunga yang mekar di taman. Cantik dan wangi. Indah di pandangan. Harum mengasyikkan bila dicium. Sekarang baru aku tahu mengapa Romeo sanggup minum racun demi Julietnya. Aku juga mula faham mengapa Putera Paris, dalam filem Troy sanggup menyeludup Helen, isteri kepada Menelaus Kelaur dari Kerajaan Sparta sehingga mengakibatkan Troy dan Sparta berperang.....Semuanya kerana cinta yang tak bertepi. Cinta yang indah rasanya saat menghabiskan masa bersama dengan insan yang dicintai. Masa diharapkan berhenti di situ. Segala yang dipandang tampak cantik dan indah. Segala yang dicium berbau wangi sekalipun yang dicium itu bunga tahi ayam. Kerana cinta itu ada magisnya. Menukarkan yang biasa menjadi luar biasa. Bisa merubah sikap seseorang menjadi seseorang yang lain." m/s 414
- " Cinta pertama memang susah untuk dilupakan. Kebanyakan manusia begitu mengagungkan cinta pertama, mereka berharap cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan." m/s 546
- " Rasa sedih kecewa akibat cinta ibarat terkurung di dalam ruang gelap yang tertutup. Sedikit demi sedikit udara di ruangan itu akan kehabisan tatkala kenangan manis bersama orang tersayang semakin mengasak di ingatan dan minda. Air mata akan mudah mengalir bila emosi menguasai diri. menzahirkan kesedihan hati yang sudah tidak tertanggung lagi. Berharap segala kenangan dan derita pergi bersama-sama air mata yang mengalir. Kalaulah semudah itu menghapuskan kenangan kalaulah semudah itu membuang segala derita di hati, sudah tentu aku tidak akan menderita sebegini. Mencintai seseorang yang tidak mencintai diriku adalah hakikat yang begitu pahit untuk ditanggung. Manakala merindui seseorang yang merindui orang lain adalah kenyataan yang begitu pedih untuk disimpan." m/s 564
- " Kita tidak boleh memilih untuk jatuh cinta kepada siapa kerana cinta itu buta. Dan cinta bukan sesuatu yang dapat dikawal oleh manusia. Jadi, persoalan tentang siapa yang layak atau tidak, tak sesuai dibangkitkan dalam situasi ni." m/s 620
apa apa pun sy terhibur dengan novel ni...acctually sy sebenarnya memang gemar membaca novel, salah satu drpd hobi sy...family sy pun suka baca novel..dari abang dan kakak sy sehinggalah anak saudara sy..satu family berkongsi minat yang sama..hehehe :) oklah cukupla itu sahaja utk kali ini adios..
p/s: Tie jom baca novel ni..best..cam biasa kahwin paksa dan kontrak..
apapun novel ni tidak mengecewakan

ciksu, novel ni best ke???? nk bc gak...
BalasPadammemang best..nanti baca lah yer...
BalasPadam