GUEST

msn live statistics

Jika anda tidak suka Blog ini ....just ignore jer....sy sekadar menulis apa yg terdetik dihati sy..cerita2 yg berlaku dlm hidup sy..

23 November 2010

KUALA LUMPUR

- hai...sy skarng kat KL...baru jer sampai petang smalam...perjalanan dr kelantan ke kuala lumpur alhamdulilah lancar...adehhhh..yg tak bestnya..demam selsema ..btul2 xsuka..tp drpd terkena penyakit lain yg lebih merbahaya lebih baik kena demam cam gini jer...datang kl nih nak mencuba nasib...nak cari kerja sebenarnya...tp xtaula mcam mana nanti harap2 nasib menyebelahi sy...
-baru jer sehari kat sini..sy dah merindui segala2nya yg ada kat kelantan...klu dtg bercuti sj sy x kisah plak...ni dtng tuk stay kat sini adehhhh...kuat kan hati miss zaraa..kuat kan hati...insyaallah semua ok...

18 November 2010

Aidiladha...dan..Peristiwa lain!!!

..Selamat hari raya aidiladha buat semua...aidiladha tahun ni..bz ckit coz buat kenduri akikah anak buah sy..penat dr pg sibuk menolong apa yg patut..dr mengupas kulit bawang..cuci perut lembu (separuh jalan jer buat coz ada kerja lain yg menanti)..kemas2 meja..basuh pinggan+gelas..masak nasi..dan sewaktu dgnnya..aduhaii..tp xperla yg penting semua berjalan lancar..wpun majlis nyer kecik jer..tp bz sesangat..ermmm baju raya??..mestila pakai..tp menjelang jam 2 petang terpaksa tukar pkai tshirt..hehehe..aidiladha ni x g jalan mana2 kot...hari ni( raya kedua) anak buah kluar dating..so x g jalan mana2 ler..alangkah bestnya klu ada somebody mengajak sy kuar...borim duk kat umah..huhuhu..entry ni xder pic raya..blum masukkan lagi dlm pendrive n then ni pun pinjam notebook org punya..nant2 sy uploadkan pic raya..:)

..2 hari sebelum aidiladha abg sy bg kucing (anak buah sy yg nak)..comel kucing tu..mula2 sy bg nama shiro..tp ank buah sy ckap nak bg nama sheppy..sempena nama lembu yg telah dikorbankan semalam..nama sheppy pun comel gak..tp sheppy asyik berak merata jer..sakit perut kna injek ubat cacing, kesian hahahah...xbleh nak letak pic sheppy coz x der dlm notebook ni (guna notebook biras hehehe)


09 November 2010

Petua Menawan Hati Pasangan - Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
1. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
2. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
3. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
4. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
5. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
6. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
7. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
8. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
10. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
11. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
12. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
13. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
14. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
15. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
16. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
17. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
18. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
19. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
20. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
21. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
22. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
23. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
24. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
25. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
26. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
27. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
28. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
29. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
30. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
31. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
32. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
33. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
34. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
35. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
36. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
37. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
38. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
39. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
40. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
41. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
42. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
43. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
44. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
45. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
46. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
47. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
48. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
49. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
50. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
51. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
52. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
53. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
54. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
55. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
56. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
57. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

24 Oktober 2010

Happy Birthday To Me

hepi besday to me..hepi besday to me..hepi besday to me Miss Zaraa.. hepi besday to me.......hahahha semalam besday Miss Zaraa..dah bertambah setahun lg umur ..da tua huhuhuhu...semalam x kuar ke mana2 pun just duk rumah jer...tp mlm sebelum besday Miss Zaraa...kami (miss zaraa, mak n ank2 buah) kuar p makan kat bdr Kota Bharu...nak wat party pun member2 xder kat cni...so kuar makn jer la...klu dpt kek coklat pisang mesti bestkan...hihihi..ni mengidam plak nak makan kek..kek coklat...xpe xper nnt nak g cr kek coklat pisang, klu xder kek coklat pisang, dpt mkn kek coklat dah kira orait tp semestinya kek coklat yg byk coklatnya..yg lembab wah bestnya...





 wah sedapnya...

Pada hr besday Miss Zaraa rmai kawn2 yg wish..ank2 buah..xkirala dlm facebook n melalui hp...hepi oh mestilah...cuma x g celebrate jer...xper la sekurang2nya diorang x lupa nak wishhh...
ermmm azam dan doa sempena bufday ermm 
       *hope hepi alwayz..hope Allah makbulkan doaku n stiasa drahmatiNya' amin insyaallah.*...
Doakan apa...ermmm biarla menjadi rahsia yer... 
ha ni Miss Zaraa nak bg resepi kek coklat pisang...Miss Zaraa search jer..blum pernah buat pun hihihi

RESEPI KEK COKLAT LEMBAB


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk
Sumber resipi: fendy75@myresipi.com



Resepi Banana Cholate Cake

2 cups  ( 400g) Granulated white sugar
1 3/4 cups ( 245 g) All purpose flour
3/4 cup (75 g) cocoa powder
1  1/2 teaspoons baking powder
1  1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs
1 cup mashed ripe banana ( about 2 med size bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2  cup (120 ml) milk
1/2  cup (120 ml) corn oil
1/2 teaspoon vanilla extract

Chocolate Ganache Frosting

8 ounces (227 grams)semisweet or bittersweet chocolate, cut into small pieces
3/4 cup (180 ml) heavy whipping cream
1 tablespoon ( 14 g) unsalted butter
Method
1. Preheat oven to 350 degree F (180 degrees C) and place rack in the centre of the oven. Butter, or spray with a non stick vege spray, 9 x 13 inch ( 23 x 33 cm ) pan. Set aside.
2. In a large bowl wrisk together the sugar, flour, cocoa pwder, baking soda and salt. set aside.
3. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
4. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.
Ganache: Place the chopped chocolate in a medium sized stainless steel, or heatproof bowl. Set aside. Heat the cream and butter in a medium sized saucepan over medium heat. Bring just boil. Immediately pour the boiling cream over the chocolate and allow to stand for 5 minutes. Stir until smooth. When ganache has completely cooled. beat until soft and fluffy. Then spread the frosting on top of the cake. Can garnish with dried banana chips.

Sumber http://www.potretkasih.com/.





sekian dulu utk kali ini..hehehe...nnt blh la kwn2 cuba resepi ni yer..Miss Zaraa rs nak cuba buat jgk...(ntah buat ntah tidak ermmm)hehehe..................adios..

19 Oktober 2010

Jeng Jeng

hai kembali kita bersua..wah lama dah miss Zaraa x on9 kan...xde idea nak mencatat apa..lgpun broadband x berbayar..adatla menumpang broadband org hihihi...apapun tuk hari ni Miss Zaraa xder pepe yg menarik utk dicatat disini....cuma bz membaca blog kawan2 jer...kla got to go..adios

18 September 2010

Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..raya tahun ni sy x hepi sgt..oleh kerana masalah ari tu (kecewa cinta) uhuhuhuhu...tp alhamdulilah berkat doa n kesabaran..Allah memberi sedikit ketenangan utk sy..xtau nak tulis apa dah...ermm ni pic sy masa ry ari tu





my niece n nephew





rumah ku syurga ku

sebahagian drp family Siti Eshah

mak (Siti Eshah)

31 Ogos 2010

Juadah Berbuka Puasa

Juadah berbuka puasa...ermmm bila tiba jer bulan Ramadhan pasti byk gerai2 dibuka kan utk menjual bermacam jenis juadah berbuka puasa, oleh kerana terlampau byk sgt juadah yg dijual membuatkan kita jd rambang mata nak membeli..tgk yg tu nak, tgk yg ni pun nak..hai bahaya betul..sebut pasal juadah ni, apa yg korang pilih dan suka utk dimakan bila berbuka puasa....sy plak tak kisah apa2 juadah pun, asalkan boleh dimakan dan mengenyangkan cewah...kalau dulukan zaman2 sekolah...bila tgk makanan semua nak makan..padahal bila perut dah kenyang makanan2 yg masih ada tu dah tak termakan dah.  Tamak sungguh Miss Zaraa nih ehek..kononnya nak jg badan tp bab makan tak tolak..hihihi..tp sekarang ni dah insaf...huhuhu..

Apa kata kita cuci mata tgk juadah2 berbuka puasa nak :-

Buah Melaka @ Onde-onde

Kalau kat Kelantan nama kuih ni kuih Butir Nangka
 kalau kat negeri lain tak tau la nama apa.

wah sgt sedap...ABC

Kuih Tepung Pelita


Nasi Ayam 

Bubur Lambuk 
(sy tak makan bubur lambuk except yg abg ipar sy buat hehehe)


my feveret - Laksa



Macam mana best tak senarai makanan tu...tu baru skit jer..negara kita ni kaya dengan makanan yg best2...seharusnya kita bersyukur dan tidak membazir terutama sekali dalam bulan mulia ini. Amaran!!!! anda jangan tamak.:)

P/S : Kenapa sy tak makan bubur lambuk:- ..pernah sekali sy cuba makan bubur lambuk kat tempat kerja lama sy..sesudu jer masuk dalam mulut..huuhhhh rasanya sgt meloyakan, berlendir (wpun br jer dimasak dan masih panas)..tawar dan hanyir..agaknya tak cukup rempah ratus kot...eh letak benda tu ker dalam bubur lambuk....cakap pasal berlendir tu abg ipar sy cakap sbb berlendir tu coz daging+ayam dimesin hancur...

Dan kenapa sy makan bubur lambuk abg ipar sy masak :- coz rasanya sgtla berlainan dengan yg sy pernah makan tu..tentula yg abg ipar sy masak sgtla sedap cukup rasanya dan tak hanyir dan berlendir..perghhh

Setakat ni tak pernah lagi mencuba bubur lambuk dr negeri lain...tgk aja dah tak ingin nak makan..takut x sedap huhuhu..apalah Miss Zaraa ni