GUEST

msn live statistics

Jika anda tidak suka Blog ini ....just ignore jer....sy sekadar menulis apa yg terdetik dihati sy..cerita2 yg berlaku dlm hidup sy..

14 November 2011

SELAMAT HARI LAHIR

HaPpY BiRtHdAy To U mY dEaR



hari ni hari lahir my love...
tp sayang sy x bleh nak celebrate ngan dia..
kami jauh..
n sekarang dia outstation kat terengganu..
klu x pegi outstation pun kami tetap jauh...
dia disebelah pantai barat..
sy plak kat pantai timur...
tp xperla..semalam dah wish besday tuk dia
tepat jam 12 malam..
hadiah mestila ada...cuma belum diposkan lagi..
lambat skit...



~happy birthday to u my dear....semoga tahun ini memberi sinar
kegembiraan dan kebahagian......dan semoga perhubungan kita akan kekal ke akhir hayat....semoga allah berkati keluarga..sihatkan tubuh badan..limpahkan rezeki..jauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan...suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa..serta makbulkan cita-citamu yang murni...semoga ALLAH memanjangkan umurmu, menarik pergi, segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu, dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu..amin ya rabal alamin...~
SAYANG, SAYANG B ALWAYS...

12 November 2011




bila cinta memenuhi di hati..
hidup rasa bahagia sangat...
i'm in love...
bukan lagi bertepuk sebelah tangan..
dan yang penting dia mencintai sy
dan biarlah cinta ini adalah yg terakhir 
cinta sehingga ke akhir hayat kami...
amin ...insyaallah

26 Oktober 2011

20 Oktober 2011

uhhhhhhhh




Serabut kepala otak wehhhhhhh
huhhuhuhu..
rasa nak menangis pun ada..
aduhhhhh
tekanan..
..terbuku di dada..
x bleh nak lepaskan
tension nyerrrrrrrrrr..

17 Oktober 2011

~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~



~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~ 


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

16 Oktober 2011

moon




PURNAMA MERINDU

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merind
u

02 Oktober 2011