GUEST

msn live statistics

Jika anda tidak suka Blog ini ....just ignore jer....sy sekadar menulis apa yg terdetik dihati sy..cerita2 yg berlaku dlm hidup sy..

17 Oktober 2011

~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~



~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~ 


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

16 Oktober 2011

moon




PURNAMA MERINDU

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merind
u

02 Oktober 2011

28 September 2011

keliru....

ermmmm...
macam mana yer..
sangat keliru...
ahhhh....menyemakkan fikiran shj....
kenapa nak merumitkan keadaankan.....
relax jer...senang...
tp tu la sekarang ni fikiran kacau bilau la...
takut ada..risau ada..resah ada...
adoiiiiyai...
wahhhhhh...
selagi tidak selesai...selagi tidak bertemu empat mata selagi tu 
persoalan yg banyak sentiasa berlegar difikiran...
(@_@)

20 September 2011

penim2...



salam

sekarang sy dalam mood kepeningan ..huhuhu
banyak masalah negara yg perlu difikirkan..hihihihi
ye la sangat tu kan...
....
td bila buka tagged..ada mamat tu msj..(ni kira budak satu seklah n junior sy) wah ayat bukan main...siap bg no phone n suh sy hubungi dia..n siap ckap nak berkenalan dengan lebih dekat lagi huhuhuhu
maaf la sy malas nak on...bukan sy sombong..but sy xnak coz nanti ada yg merajuk ngan sy...ermmmm..


08 September 2011

???


dapatkah diriku mengharap padamu
setiakah hatimu
menghampa kasih sayang mu
mampukah diri ku
terdayakah aku menyintaimu
menyayangi mu dengan sejujur ku
bukalah hatimu pandanglah diriku
dapatkah engkau berkorban untuk ku dengan seikhlasnya
terbukanya hatiku hanya kerana mu
pedihnya rasa rindu hanyalah padamu
walau tidak ku tahu kemana arahku bersama mu


05 September 2011

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


sekarang ni malas btui nak mencatat..ntah la ..
salah satu sbbnya x bleh nak on9 lama2...
.......
raya tahun ni best..cuma x byk berposing..
......
sekarang ni kepala sedikit semak..memikirkan something..but x bleh nak kongsikan kat sini lagi
bila dah confirm, nanti sy kan cerita...
k la buybuy tuk saat ini..
adiossss...